Monday, April 23, 2018

Cara Mendapat Keuntungan dari Pelaburan Unit Trust..

Bagaimanakah Kita Mendapat Keuntungan dari Pelaburan Unit Trust?


1) Income Distribution ataupun dipanggil Dividend

Cara mudah nak faham, unit trust macam ASB ada dividen 7-8% tiap-tiap tahun. Anda darabkan dengan jumlah pelaburan anda. Contoh duit pelaburan RM10,000, di hujung tahun ada dividen 8% maka anda dapat dividen RM800. Duit anda sekarang menjadi RM10,000 + RM800.

Pelabur akan memperolehi keuntungan melalui distribution yang diberikan (saya hanya melabur fund TERBAIK yang ada DIVIDEN tinggi sahaja). Perlu dingatkan, policy distribution dipengaruhi oleh market performance. Anda PERLU FAHAM bahawa, bukan semua fund Unit Trust adalah fund yang ada DIVIDEN! Dividen hanya diberi jika fund tersebut mempunyai performance yang baik dan membuat untung sahaja! Jika anda pernah melabur, baik anda check semula fund anda, ada dividen ke tak ada.

Kalau fund tu tak isytihar dividen langsung, maka fund tersebut memang anda patut jauhi dari awal lagi. Kalau sesiapa terlajak melabur dalam fund seumpama ini, ada masa lagi. Keluarkan dan labur ke dalam fund atau dana yang keuntungan tinggi. Saya boleh pilih bersama-sama dengan anda dan jika anda puas hati dengan pilihan yang ada, barulah anda pilih melabur dengan saya.

Contoh pengiraan: 
Katakanlah Anda melabur sebanyak RM10,000 di dalam Fund atau Dana Ekuiti A pada 1 Januari 2015. Harga seunit NAV masa beli adalah RM0.50/unit.

Service charge                    = RM5.5% x RM10,000 = RM550
Total investment                = RM10,000 – RM550 = RM9,450
Jadi total unit anda            = RM9,450 / RM0.50 seunit = 18,900 unit

Katakanlah Fund Ekuiti A declare distribution pada 1 Julai 2016 pada 7 sen seunit. Oleh itu keuntungan diperolehi:

Distribution             = RM0.07 seunit x 18900 unit = RM1323

Sekiranya RM1323 ini tidak direedem atau dikeluarkan, automatically ia akan dilaburkan semula (reinvest distribution) dalam bentuk unit mengikut harga NAV berikutnya. Contohnya harga NAV masa dapat dividen ialah RM0.40 seunit;
Unit dilaburkan semula  = RM1,323/0.40 = 3307.5 unit
Jadi total unit baru          = 18900 + 3307.5 = 22,208 unit (jadi unit anda sudah bertambah!)


Kemudian, sekiranya market naik semula pada Julai 2017 pada harga RM0.62/unit dan pelabur decide untuk jual:


Jumlah jual               = RM0.62 x 22208 unit = RM13,768.96
Oleh itu keuntungan = RM13,768.96 - RM10,000 = RM3768.96
                                  = 37.69 %
                                   * Baru setahun, kalau lagi lama? Huhuhu...

2) Capital Gain atau Beli Harga Rendah Jual Harga Tinggi

Capital Gain atau bahasa mudah : membeli pada harga yang rendah tetapi menjual pada harga yang tinggi. Atau beli Unit Trust masa harga NAV rendah, jual bila harga NAV tinggi!

Contoh pengiraan:
Katakanlah Anda melabur sebanyak RM10,000 di dalam fund B pada 1 December 2014, time tu market dah down (Memang market Malaysia tengah Down, harga minyak jatuh, nilai RM jatuh, ekonomi Malaysia meleset maka harga saham di Malaysia pun jatuh!). Harga seunit NAV time tu pula RM0.30/unit.

Service charge                    = RM5.5% x RM10,000 = RM550
Total investment                = RM10,000 – RM550 = RM9,450
Jadi total unit anda            = RM9,450 / RM0.30 seunit = 31,500 unit

Katakanlah sebelum mendapat dividend pada bulan Julai 2015, market dah naik dan harga seunit NAV pada Julai 2015 adalah RM0.600/unit. Oleh itu keuntungan diperolehi:
Keuntungan                     = RM0.600 x 31500 unit = RM18900
                                          = RM18900 – RM10,000 = RM8900
                                          = 89% Untung! gilerr lah...

* Masa terbaik beli Unit Trust adalah sekarang sbb harga NAV baru nak mendaki naik semula. Contact saya segera...market timing sgt penting!!!

3) Unit Split

Kadang-kadang ada fund yang tidak mahu memberikan dividen. Mereka gantikan dengan memberikan unit tambahan. Contohnya, setiap unit yang kita ada diberikan tambahan lagi satu unit. Kalau saya ada 10000 unit, maka saya akan diberikan tambahan lagi 10000 menjadikan JUMLAH UNIT TERKINI saya 20000 unit.

Biasanya, fund yang memberikan unit ini tidak berapa untung dan sebagai ganti jangka masa panjang, mereka berikan unit tambahan supaya pelabur terus setia bertahan sehinggalah fund benar-benar buat untung. Terpulanglah kepada anda untuk SETIA atau BUAT UNTUNG hihihi. Jom melabur dengan saya. Jangan buang masa setia tak bertempat ni. 

1 comment: