Saturday, September 20, 2014

Kelebihan Emas..


Emas tidak boleh dimanipulasikan oleh manusia

Emas tidak boleh dicipta seperti manusia berjaya mencipta berlian hasil dari kajian, sumber emas sangat terhad dan sukar diperolehi. Emas perli dilombong, diasing, ditulenkan dan dibentuk dimana semua ini memerlukan usaha dan proses yang melecehkan


Emas kalis inflasi


Apabila berlakunya krisis ekonomi, bank negara memerlukan duit yang banyak. Bank ini akan mengeluarkan perlaburan berbentuk bon. Rakyat akan membeli bon dan dari situlah bank mempunyai sumber wang. Apabila kerajaan perlukan wang untuk membayar balik duit rakyat, bank Negara akan mencetak lebih banyak wang kertas. Semakin banyak wang kertas dicetak, secara automatik nilai wang akan menyususut. Nilai emas tetap sama tidak terusik.jika anda mempunyai emas 1 kg bila berlakunya inflasi emas anda tetap mengekalkan nilainya..tetap dengan 1kg juga.


Emas adalah aset


Emas juga merupakan eset sama seperti hartanah. Bezanya emas boleh dibeli mengikut kemampuan. Biasanya emas datang dalam bentuk barang kemas atau barang perhiasan, jongkong dan duit syiling seperti dinar emas. Disebabkan emas senang disimpan maka emas menjadi aset pilihan ramai


Nilai emas kekal untuk selama-lamanya


Kebanyakkan barang yang berharga di dunia ini mengalami susut nilai disebabkan keadaan barang itu sendiri ataupun disebabkan peredaran masa dan waktu. Mengikut kajian emas merupakan logam lengai dan tidak bertindak-balas dengan bahan-bahan yang lain.


Emas merupakan kekayaan dan duit yang sebenar


Beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga dianggap orang yang kaya dan berkuasa. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk dan tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik.Kerana sifat dan keunikkan yang terdapat pada emas tersebutlah menjadikan emas bahan logam yang sangat berguna dan memiliki auranya yang tersendiri