Wednesday, December 25, 2013

Selamat Menyambut Hari Natal..

Selamat Menyambut Hari Natal buat kawan-kawan..




Ucapan ikhlas dari offshore Shelf Drilling,Tg Langsat Port.

Saturday, September 14, 2013

Pelaburan Emas...

Tips dari seorang Jutawan Azizi Ali,
Jika hendak menjadi kaya,
Hendaklah mempelbagaikan perlaburan,

Pelbagai mekanisma untuk kita laburkan,
Tabung Haji,Amanah Saham Bumiputra,Emas,Perak,Saham,
Telah pun aku cuba,
Tapi untuk sekian kali,
Terasa ingin mencuba membeli emas fizikal (gold bar atau dinar)

Minggu ini mencatatkan sejarah,
Dimana harga emas turun mendadak akibat ketidaktentuan pasaran,
Biasanya harga emas 1 Dinar mencapai RM 700++,
Tetapi dalam minggu ini mencatatkan penurunan sehingga RM 619.
Jika bijak dan mempunyai modal yang besar,
Rasanya aku nak beli dalam 50g,

Harga dalam web Public Gold aku monitor setiap 6 jam,
Kalau harga bersesuaian,
Mungkin ini perlaburan terbaik untuk aku..



 

Wednesday, August 28, 2013

Syawal tahun 2013 yg sedih

4 Syawal 1434 yg paling sedih,
Perginya seorang bapa mertua,
Setelah lama bertarung dengan penyakit,
Akhirnya pergi menyahut panggilan Nya,

Dia bapa mertua ku,
Dia seperti bapa ku jua,
Dia lah yg menikahkan aku,
Celotehnya,nasihatnya dan kisah hidupnya,
Menjadi ingatanku selamanya,

Sewaktu sihat,
Gembira dengan berita kepulangan anak-anaknya,
Biarpun terhincut-hincut,
Mata sudah semakin kabur,
Digagahi jua untuk membeli makanan kegemaran anak-anaknya,

Berulang alik ke klinik,
Sudah menjadi rutinnya,
Semua org disapanya,
Bangga dengan kejayaan anak-anaknya,

Kini,
Tiada lagi suaranya,
Tiada lagi lagu dodoinya untuk cucunya,
Tiada lagi cerita dan ketawanya,

Walaupun aku hanya menantu,
Tidak banyak yang ku dapat membantu,
Namun arwah banyak menasihatiku,
Jagalah diri,keluarga dan anak-anakmu,


Al Fatihah untuk bapa mertua ku....

Wednesday, July 3, 2013

Bulan Puasa Datang Lagi..

Sedar tak sedar lagi seminggu akan bermula bulan puasa,
1 Ramadhan bersamaan dengan 10 Julai 2013,
Kali ini kali kedua berpuasa berjauhan dengan keluarga,
Semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna,
Insya Allah,

Semoga aku diberi kekuatan,
Untuk menjalani ibadah puasa di tengah lautan,
Puasa ibarat pesta makan,
Pelbagai juadah akan disediakan.

Tapi sebelum itu,
Niat puasa ramadhan dahulu..



 Doa Berbuka Puasa,


Aktiviti selepas berbuka puasa,
Memang meriah kalau ada,




Tuesday, July 2, 2013

Mencari Rezeki Disini Pula...


Setelah lama menjelajah di kepulauan Borneo,
Tiba lah masanya bekerja di semenanjung,
Tidak banyak bezanya,
Masih bekerja dgn krew Sarawak,
Tiada banyak masalah dgn mereka,
Cuma aku masih tak berapa faham bahasa Iban.

Ada yg baik untuk bekerja disini,
Dekat dgn keluarga,
Tapi masih tak dapat balik jika ada kecemasan,
Terima kasih tuhan Ku,
Kerana masih memberikan kekuatan pada ku..


Kesukaan Orang Melayu...

Dicedok dari Facebook rakan..
Ada betul ker semua ni?

  1. ubat seks
  2. ubat yang boleh sembuh semua penyakit
  3. ubat yang boleh hidupkan orang mati
  4. rawatan2 pelik yang seperti rendam kaki dalam air tiba2 jadi muda
  5. skim cepat kaya
  6. skim cepat kaya yang 'patuh' syariah
  7. kisah2 hantu
  8. kisah2 seks yang pelik2
  9. teori konspirasi dunia terhadap orang melayu
  10. sejarah keturunan melayu yang kononnya hebat membelah langit dan bumi
  11. tanah pusaka
  12. tengok tv
  13. joget lambak
  14. gosip artis
  15. KPOP
  16. suka buat fitnah


Wednesday, May 22, 2013

Travelogue-Colmar Tropical Bukit Tinggi..

Setelah lama menangguhkan percutian ke sini..
Akhirnya sampai juga ke sini..

To Be Continue....


Offshore Life Part 4...

Aktiviti di offshore sangatlah boring,
Kalau tak diisi dengan benda-benda berfaedah,
Kalau diikutkan memang nak melepak kat tempat tidor hari-hari,
Tapi bosan jugak kalau dilakukan selama 28 hari macam tu..
Nasib baik ada bawak buku untuk dibaca,
Tetapi semua berkaitan dengan pengurusan kewangan,
Takde novel-novel...


Tempat Tidor

Bahan Bacaan 

Saturday, May 18, 2013

Offshore Life Part 3...

Bukan senang nak jadi senang,
Bukan Susah nak jadi susah,
Di atas platform ni kenalah bercampur gaul dengan orang,
Mat Salleh USA,Australia,New Zealand,Sudan,
Rakyat tempatan majoriti dari Iban dan Labuan,
Nak jumpa orang semenanjung adalah seorang dua,
Tapi yang pastinya semuanya lelaki..

Segala-galanya ditanggung diatas sini,
Makan 6 kali sehari,
Baju hantar laundry,
Duit tak perlu disini dan takde apa yg nak dibeli,
Duit dalam beg duit masih berbaki..

Galley (tempat makan)

Makan Sampai muntah pun takpe!



Barang baru sampai..

Supply Vessel..


Offshore Life Part 2...

May 2013,
Bermulalah kehidupan aku di offshore,
Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan,
Berbagai perasaan dalam diri,
Gembira,takut,excited,bersemangat semua bercampur-campur..

Pagi-pagi lagi sampai dengan teksi,
Isteri hantar sampai ke perhentian teksi,
Setelah lama tak naik kapalterbang,
Beratur panjang check in di LCCT,
2 jam perjalanan kapal terbang,
Akhirnya sampai jugak ke Labuan.

Sampai di Labuan,
Setelah diberi penerangan keselamatan,
Excited pertama kali naik helicopter,
Dari Labuan 40 minit,
Akhirnya sampai jugak ke Rig ini..


Drilling Rig
Chopper selamat mendarat..

Ada kerja yang perlu dibuat selepas ini,
Ada nyawa yang perlu dijaga selepas ini..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Semoga Kau permudahkan segalanya..

Offshore Life Part 1...

Setelah bertahun aku kerja di office,
Dah rasa bosan dengan kerja-kerja office,
Maka aku mintak ditukarkan kepada kerja yang adventure,
Aku pun bertukar dari office ke offshore,

Untuk mencari pengalaman katanya,
Bermulalah kehidupan yg panjang di offshore.
Rotation offshore selama 28 hari di drilling rig,
Dihantar ke tengah laut Labuan,

Isteri dan anak-anakku,
Maafkan ayahmu kerana meninggalkan mu,
Semua ini untuk kebaikan kita bersama.



Wednesday, April 24, 2013

Matlamat Jangka Masa Pendek dan Jangka Panjang..

Semakin hari semakin berumur,
Matlamat atau peracangan kenelah kuat,
Insha Allah kalau betulah perancangan ini,
Akan senang di hari tua.


Matlamat jangka pendek.
  1. Habiskan belajar degree
  2. Tambahkan simpanan.-emergency saving
  3. Simpanan untuk Umrah
  4. Beli barang rumah-aircond/peti sejuk
  5. Settlekan hutang kereta.

Matlamat jangka masa panjang

  1. Melabur akaun KWSP-Public Mutual & AS1M
  2. Simpanan untuk Haji
  3. ...................................

Hari-Hari Terakhir Bekerja..

Minggu ini minggu terakhir bekerja,
Pengalaman kerja dengan syarikat minyak Malaysia,
Ada yang best ada yang tak best,
Tapi itu semua pengalaman..

Terima kasih pada semua yang membantu,
Terima kasih atas sokongan yang anda berikan,
Terima kasih atas semangat yang diberikan..

Hidup perlu diteruskan,
Kerja lain perlu dicari,
Ada hutang perlu diselesaikan,
Ada mulut untuk disuapkan..

Thursday, February 28, 2013

Dah sampai Penghujung February

Hari ni 28 February,
Bilakah tarikh mengundi,
Bilakah akan petukaran kerajaan terjadi?

Tahun 2013 bukan tahun lompat,
Kalau lompat mesti ada 29 hari,
Sudah 2 bulan di tahun 2013,
Makin nak habis kontrak,
Tinggal lagi 2 bulan..

Kemanakah hala tuju hidupku selepas ini,
Masih tergantung dan tercari-cari..
Macam mana dengan anak dan bini,
Adakah aku mampu untuk menanggung mereka lagi..

Oh Tuhanku,
Bantulah hamba mu ini..


Wednesday, February 20, 2013

Dell Desktop Online..

Bila dah study ni,
Macam-macam nak beli,
Kalau dulu pakai laptop jer,
Hati teringin nak pakai desktop PC,
Kononnya makin rajin buat assignment..

Survey kat Lowyat,
Semua murah-murah,
Kualiti tapi takde waranti,
Bangla jadi pekerja kedai IT,
Satu fenomena terkini,
Bangla cakap bahasa Melayu longhat Cina..

Google www.dell.com.my ..
Banyak produk dan gajet terkini,
Ada promosi dan diskaun,
Beli 1 monitor Dell,
Penghantaran dalam masa 3 hari..
Berbaloi-baloi dengan diskaun lagi..
In Sha Allah,Semoga aku jadi rajin buat assignment..



Monday, February 4, 2013

Cerita Febuary..

1 Febuary Hari Jumaat,
Hari cuti bagi warga Wilayah Persekutuan,
Termasuk diri aku pun bercuti,
Cuti 3 hari sampai ahad,
Tapi cuti yg boleh tak dianggap cuti..

Anak sulung admit wad untuk elective operation,
Operation plan hari sabtu pagi,
Tengahari Jumaat admit ke wad hospital Melaka,
Anak kedua tinggal dengan babysitter,

Bila anak sulung dah siap operation,
tiba2 pulak Babysitter call anak no 2 tak sihat,
terus dibawa ke wad kecemasan,
terkejar-kejar hari tu,
Sorang kat dewan bedah,
sorang kat kecemasan.
Last-last masuk wad yang sama..
Cuma katil jer lain-lain..
Dugaan awal Febuary..


Thursday, January 17, 2013

Listen..listen...listen...

Listen..listen...listen when i speak,
Begitulah pengaruh fenomena listen..
Kisah mahasiswa di Universiti,
arang sama arang,
yang kalah jadi abu,

listen..listen..
Tahun ni aku jadi student balik,
dah 8 tahun aku tinggalkan zaman student,
Belajar secara PJJ,
Terpaksa belajar untuk naik gaji & pangkat,

Kalau ikutkan hati,
Memang malas nak belajar lagi..


Monday, January 7, 2013

Catatan Perjalanan

Cuti panjang December 2012,
Kenduri kendara disana sini,
Rumah saudara,sepupu perlu kunjungi,
Bercuti dalam keadaan jem bersesak-sesak,

Aku semakin tak faham,
Dengan polisi kerajaan,
Apa yang kerajaan lakukan,
Adakah dengan membesarkan jalan2 dan membuat lebuhraya baru,
Kenapa tiada exit policy yg mana kereta lama perlu dilupuskan,
Kereta semakin banyak atas jalan,
Kuasa membeli kereta semakin tinggi,
Tidak seperti tahun 90-an,

Aku salah seorang mangsa keadaan,
Dari Bahau nak ke KL jem sepanjang jalan,
Bilalah jalan di Bukit Putus nak siapkan,
Tujuan asal nak keluar di exit Senawang,
Terpaksa lupakan niat asal,
Nasib baik ada bantuan GPS,
Laluan Gemenceh,Tampin jadi pilihan..

Sampai bila nak bertahan...
Oh Malaysiaku...


Friday, January 4, 2013

Selamat Tahun Baru 2013..


Masih Belum Terlewat,
Untuk Aku Ucapkan,
Selamat Tahun Baru 2013...

Walaupun hari ini dah 4 haribulan januari 2013,
Tapi tak terasa meriah nya tahun baru,

2013,
Setiap tahun mesti ada azam baru.
Walaupun azam lama belum tertunai,
Apa yg berubah,
Umur semakin menghampiri 30an..