Thursday, February 28, 2013

Dah sampai Penghujung February

Hari ni 28 February,
Bilakah tarikh mengundi,
Bilakah akan petukaran kerajaan terjadi?

Tahun 2013 bukan tahun lompat,
Kalau lompat mesti ada 29 hari,
Sudah 2 bulan di tahun 2013,
Makin nak habis kontrak,
Tinggal lagi 2 bulan..

Kemanakah hala tuju hidupku selepas ini,
Masih tergantung dan tercari-cari..
Macam mana dengan anak dan bini,
Adakah aku mampu untuk menanggung mereka lagi..

Oh Tuhanku,
Bantulah hamba mu ini..


Wednesday, February 20, 2013

Dell Desktop Online..

Bila dah study ni,
Macam-macam nak beli,
Kalau dulu pakai laptop jer,
Hati teringin nak pakai desktop PC,
Kononnya makin rajin buat assignment..

Survey kat Lowyat,
Semua murah-murah,
Kualiti tapi takde waranti,
Bangla jadi pekerja kedai IT,
Satu fenomena terkini,
Bangla cakap bahasa Melayu longhat Cina..

Google www.dell.com.my ..
Banyak produk dan gajet terkini,
Ada promosi dan diskaun,
Beli 1 monitor Dell,
Penghantaran dalam masa 3 hari..
Berbaloi-baloi dengan diskaun lagi..
In Sha Allah,Semoga aku jadi rajin buat assignment..



Monday, February 4, 2013

Cerita Febuary..

1 Febuary Hari Jumaat,
Hari cuti bagi warga Wilayah Persekutuan,
Termasuk diri aku pun bercuti,
Cuti 3 hari sampai ahad,
Tapi cuti yg boleh tak dianggap cuti..

Anak sulung admit wad untuk elective operation,
Operation plan hari sabtu pagi,
Tengahari Jumaat admit ke wad hospital Melaka,
Anak kedua tinggal dengan babysitter,

Bila anak sulung dah siap operation,
tiba2 pulak Babysitter call anak no 2 tak sihat,
terus dibawa ke wad kecemasan,
terkejar-kejar hari tu,
Sorang kat dewan bedah,
sorang kat kecemasan.
Last-last masuk wad yang sama..
Cuma katil jer lain-lain..
Dugaan awal Febuary..