Wednesday, July 3, 2013

Bulan Puasa Datang Lagi..

Sedar tak sedar lagi seminggu akan bermula bulan puasa,
1 Ramadhan bersamaan dengan 10 Julai 2013,
Kali ini kali kedua berpuasa berjauhan dengan keluarga,
Semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna,
Insya Allah,

Semoga aku diberi kekuatan,
Untuk menjalani ibadah puasa di tengah lautan,
Puasa ibarat pesta makan,
Pelbagai juadah akan disediakan.

Tapi sebelum itu,
Niat puasa ramadhan dahulu..



 Doa Berbuka Puasa,


Aktiviti selepas berbuka puasa,
Memang meriah kalau ada,




Tuesday, July 2, 2013

Mencari Rezeki Disini Pula...


Setelah lama menjelajah di kepulauan Borneo,
Tiba lah masanya bekerja di semenanjung,
Tidak banyak bezanya,
Masih bekerja dgn krew Sarawak,
Tiada banyak masalah dgn mereka,
Cuma aku masih tak berapa faham bahasa Iban.

Ada yg baik untuk bekerja disini,
Dekat dgn keluarga,
Tapi masih tak dapat balik jika ada kecemasan,
Terima kasih tuhan Ku,
Kerana masih memberikan kekuatan pada ku..


Kesukaan Orang Melayu...

Dicedok dari Facebook rakan..
Ada betul ker semua ni?

  1. ubat seks
  2. ubat yang boleh sembuh semua penyakit
  3. ubat yang boleh hidupkan orang mati
  4. rawatan2 pelik yang seperti rendam kaki dalam air tiba2 jadi muda
  5. skim cepat kaya
  6. skim cepat kaya yang 'patuh' syariah
  7. kisah2 hantu
  8. kisah2 seks yang pelik2
  9. teori konspirasi dunia terhadap orang melayu
  10. sejarah keturunan melayu yang kononnya hebat membelah langit dan bumi
  11. tanah pusaka
  12. tengok tv
  13. joget lambak
  14. gosip artis
  15. KPOP
  16. suka buat fitnah