Tuesday, July 10, 2012

Ayat Dari Seorang Kawan..

Tahun 2001,
Tahun penting bagi aku,kerana tahun tu aku exam SPM.Berbekalkan semangat yang tak seberapa bila bangun pagi,dengan mata yang tak berapa nak bukak,dengan kepala otak masih ting tong,aku menapak ke Bus Stop untuk menunggu bas Bee Huat yg cukup legend.Aku menunggu dengan seorang kawan baik tetapi tidak satu sekolah.Kiranya bernasib baik,dia sekolah sebelah sekolah aku.hehehehe...

Bila bas sampai,biasanya kami memilih port "seram",port paling belakang sekali kalau dalam bas tu.Dengan hembusan angin pagi dari tingkap bas usang bercampur plak dengan asap rokok Dunhill 7,aku melayan perasaan ditambah pulak dgn tahap mengantuk.

Kawan baik aku ni selalunya bertanya soalan-soalan bangang diwaktu pagi.Bila mood tak berapa nak ada,boleh pulak dia buat soalan:

"Kita belajar Matematik ni,sampai sekolah menengah untuk apa sebenarnya?"Bila kita kerja,kita guna tambah,tolak,bahagi,darab je kan?"Buat apalah kita belajar syn,tan,buku sifir 4 angka?",tanya kawan aku bersungguh-sungguh sambil menghisap rokok Dunhill.

"Errr,aku pun tak tahulah.Berguna kot satu hari nanti",jawab aku secara malas.Pada aku soalan dia macam Psiko jer,dia taknak aku belajar lagi pandai dari dia kot.

Sampai hari ni,soalan tu masih aku tak dapat nak jawab.Kalau dia tanya aku sekali lagi pun,aku akan jawab "aku follow sillibus je belajar tu."..



Rare kan?Dah takde dah kotak ni..


Menjelang Puasa

Bila menjelangnya bulan Ramadhan,teringat lah cerita-cerita,aktiviti di siang hari sementara menunggu waktu berbuka puasa belum lagi aktiviti ponteng puasa..memang klasik perasaan tu.

Zaman puasa dulu sangatlah indah kalau diingatkan.Tahun 2001,disaat-saat exam SPM ke penghujungnya,kebetulan jatuh pada bulan puasa.Merasa jugaklah menjawab exam dalam bulan puasa.Nasib baik exam tak sampai tengahari.Mencanak lapar ehh..

Bila habisnya exam,macam-macam akitiviti yang dirancang aku dan kawan-kawan sementara menunggu result SPM keluar 4-5 bulan lagi.Semuanya perbicangan ala-ala kedai kopi berkisarkan tentang halatuju hidup masing-masing.Ada yang memilih untuk kerja kilang,ada yang memilih untuk berehat di rumah jer.Tapi aku memilih untuk meneruskan kerja di kedai makan Pak Ali.Satu keputusan yang dianggap tidak glamour langsung di kalangan kawan-kawan.

Bila bulan puasa,secara automatiknya kedai makan tutup dan untuk menampung bisnes yg tak seberapa tu,Pak Ali dan Bini menbuat serta menjual kuih.Gila skema ayat ni..hehe.Aku selaku pekerja yg diamanahkan,turut terlibat dalam kegiatan bermodus operandi itu.hahaha...Jadilah aku sebagai penjual kuih sepenuh masa di bulan Ramadhan al-mubarak.

Bermula 4 petang,langkah diatur untuk mengambil bekalan kuih dari rumah Pak Ali,bawak ke kedai dan buka meja utk menjual.Perghh,memang mencabar keimanan ditambah pula matahari terik dan kuih depan mata.Memang tahan iman waktu tu.Banyak jenis kuih-kuih yang aku belajar jual waktu tu.Aku dah berjaya kenal kuih Lompat tikam,Nekbat dan kuih favourite ramai orang waktu tu,kuih bakar.Ada jugak makcik-makcik yang tumpang kuih untuk dijual dan aku hanya amik komisen atas kuih yang berjaya dijual.

Hehehe...Penjual kuih yang berjaya jugaklah.Ada kawan-kawan yg pandang serong kegiatan halal aku ni,tapi last-last dia pulak yang jual roti john kat bazar Ramadhan 3-4 tahun lepas aku jual kuih tu.hiiiii....

Amacam...Terliur tak?