Wednesday, May 22, 2013

Travelogue-Colmar Tropical Bukit Tinggi..

Setelah lama menangguhkan percutian ke sini..
Akhirnya sampai juga ke sini..

To Be Continue....


Offshore Life Part 4...

Aktiviti di offshore sangatlah boring,
Kalau tak diisi dengan benda-benda berfaedah,
Kalau diikutkan memang nak melepak kat tempat tidor hari-hari,
Tapi bosan jugak kalau dilakukan selama 28 hari macam tu..
Nasib baik ada bawak buku untuk dibaca,
Tetapi semua berkaitan dengan pengurusan kewangan,
Takde novel-novel...


Tempat Tidor

Bahan Bacaan 

Saturday, May 18, 2013

Offshore Life Part 3...

Bukan senang nak jadi senang,
Bukan Susah nak jadi susah,
Di atas platform ni kenalah bercampur gaul dengan orang,
Mat Salleh USA,Australia,New Zealand,Sudan,
Rakyat tempatan majoriti dari Iban dan Labuan,
Nak jumpa orang semenanjung adalah seorang dua,
Tapi yang pastinya semuanya lelaki..

Segala-galanya ditanggung diatas sini,
Makan 6 kali sehari,
Baju hantar laundry,
Duit tak perlu disini dan takde apa yg nak dibeli,
Duit dalam beg duit masih berbaki..

Galley (tempat makan)

Makan Sampai muntah pun takpe!



Barang baru sampai..

Supply Vessel..


Offshore Life Part 2...

May 2013,
Bermulalah kehidupan aku di offshore,
Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan,
Berbagai perasaan dalam diri,
Gembira,takut,excited,bersemangat semua bercampur-campur..

Pagi-pagi lagi sampai dengan teksi,
Isteri hantar sampai ke perhentian teksi,
Setelah lama tak naik kapalterbang,
Beratur panjang check in di LCCT,
2 jam perjalanan kapal terbang,
Akhirnya sampai jugak ke Labuan.

Sampai di Labuan,
Setelah diberi penerangan keselamatan,
Excited pertama kali naik helicopter,
Dari Labuan 40 minit,
Akhirnya sampai jugak ke Rig ini..


Drilling Rig
Chopper selamat mendarat..

Ada kerja yang perlu dibuat selepas ini,
Ada nyawa yang perlu dijaga selepas ini..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Semoga Kau permudahkan segalanya..

Offshore Life Part 1...

Setelah bertahun aku kerja di office,
Dah rasa bosan dengan kerja-kerja office,
Maka aku mintak ditukarkan kepada kerja yang adventure,
Aku pun bertukar dari office ke offshore,

Untuk mencari pengalaman katanya,
Bermulalah kehidupan yg panjang di offshore.
Rotation offshore selama 28 hari di drilling rig,
Dihantar ke tengah laut Labuan,

Isteri dan anak-anakku,
Maafkan ayahmu kerana meninggalkan mu,
Semua ini untuk kebaikan kita bersama.