Thursday, January 30, 2014

Kenapa kita perlu menyimpan emas..

EMAS SEBAGAI ASET.

Untuk generasi muda yang baru bekerja, mengumpul aset adalah satu perkara yang wajib. Seringkali orang berkata aset adalah hartanah dan rumah tetapi terlupa bahawa emas dan perak juga adalah aset. Untuk mengumpul hartanah dan rumah, kos yang diperlukan sangat besar dan kebiasaan nya generasi muda tidak mampu. Tambahan dengan tangga gaji yang masih kecil. Oleh itu, apa yang generasi muda ini boleh buat ialah dengan mengumpul emas dan perak sebagai aset. Emas dan perak merupakan aset mampu milik kerana modal untuk membeli emas adalah semurah RM191 untuk goldbar 1gm.

EMAS MENCEGAH KITA BOROS. EMAS MEMAKSA KITA MENYIMPAN.

Menyimpan emas dapat mengelakkan kita daripada boros. Selain itu, dengan membeli emas juga ia secara tidak langsung memaksa kita menyimpan. Kenapa saya cakap begitu kerana ramai diantara kita termasuk saya pantang nampak ada duit dalam bank. Tambah-tambah yang mempunyai kad atm. Nampak sahaja duit masih berbaki di bank, habis kita keluarkan sehingga kalau boleh sampai angka 0. Sedar-sedar hujung bulan, duit habis, tapi ke mana kita belanja kita tak perasan. Niat untuk menyimpan akhirnya terbantut. Tetapi apabila kita membeli emas, kita dah tolak ke tepi dahulu duit yang hendak kita simpan dan tukar kepada emas. Jadi nak tak nak kita dah menyimpan. Secara tidak sedar. Ajaib bukan?

EMAS MENARIK REZEKI.

Emas yang disimpan dapat menarik rezeki berganda buat yang menyimpan. Emas dalam diam sebenarnya akan bertambah nilainya. Kalau simpan dalam bentuk tunai, tunai tersebut akan dirompak secara diam-diam kerana inflasi. Berbeza dengan simpanan emas, emas itu sendiri menjadi penyimpan nilai. Tambahan lagi, emas juga mampu menarik rezeki buat mereka yang berwawasan jauh dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas secara sambilan. Secara sambilan kita boleh berkongsi dan bercerita dengan teman, saudara dan keluarga akan kelebihan simpanan emas. Sekiranya, ada teman, saudara dan keluarga yang membeli emas, sudah tentu komisen sekian-kian kita boleh dapat. Sudah pasti kita dapat menambah sedikit pendapatan bulanan.

Matlamat dan Azam 2014

Belum terlambat untuk ucapkan selamat tahun baru 2014,

Apa yg berubah hanya tahun,
Apa yg pasti azam tahun sebelumnya belum tertunai,

Azam untuk meningkatkan pendapatan dan simpanan,
Untuk bebaskan dari masalah kewangan,
Kena ada strategi yang betul untuk menyimpan,
Yang penting prisip mesti betul.
Mencari Kekayaan untuk sempurnakan tanggungjawab

Dalam tahun lepas,
Nilai sendiri adakah kita berjimat dan menyimpan,
Bagaimana strategi untuk mengelakkan wang bocor?
Simpanlah emas dan pelbagaikan intrumen pelaburan.