Saturday, September 20, 2014

Kelebihan Emas..


Emas tidak boleh dimanipulasikan oleh manusia

Emas tidak boleh dicipta seperti manusia berjaya mencipta berlian hasil dari kajian, sumber emas sangat terhad dan sukar diperolehi. Emas perli dilombong, diasing, ditulenkan dan dibentuk dimana semua ini memerlukan usaha dan proses yang melecehkan


Emas kalis inflasi


Apabila berlakunya krisis ekonomi, bank negara memerlukan duit yang banyak. Bank ini akan mengeluarkan perlaburan berbentuk bon. Rakyat akan membeli bon dan dari situlah bank mempunyai sumber wang. Apabila kerajaan perlukan wang untuk membayar balik duit rakyat, bank Negara akan mencetak lebih banyak wang kertas. Semakin banyak wang kertas dicetak, secara automatik nilai wang akan menyususut. Nilai emas tetap sama tidak terusik.jika anda mempunyai emas 1 kg bila berlakunya inflasi emas anda tetap mengekalkan nilainya..tetap dengan 1kg juga.


Emas adalah aset


Emas juga merupakan eset sama seperti hartanah. Bezanya emas boleh dibeli mengikut kemampuan. Biasanya emas datang dalam bentuk barang kemas atau barang perhiasan, jongkong dan duit syiling seperti dinar emas. Disebabkan emas senang disimpan maka emas menjadi aset pilihan ramai


Nilai emas kekal untuk selama-lamanya


Kebanyakkan barang yang berharga di dunia ini mengalami susut nilai disebabkan keadaan barang itu sendiri ataupun disebabkan peredaran masa dan waktu. Mengikut kajian emas merupakan logam lengai dan tidak bertindak-balas dengan bahan-bahan yang lain.


Emas merupakan kekayaan dan duit yang sebenar


Beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga dianggap orang yang kaya dan berkuasa. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk dan tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik.Kerana sifat dan keunikkan yang terdapat pada emas tersebutlah menjadikan emas bahan logam yang sangat berguna dan memiliki auranya yang tersendiri



Wednesday, April 9, 2014

Dealer Public Gold

Terdapat 3 kategori Dealer yang ditawarkan oleh Public Gold dan tiada sebarang yuran bayaran untuk mendaftar sebagai Dealer.

Untuk Mendaftar Sebagai Dealer, anda hanya perlu membuat belian minimum Emas atau Perak atau kedua-duanya sekali dalam amaun minimum yang telah ditetapkan seperti dalam senarai di bawah, dan ianya perlu dibuat dalam satu resit pembelian.


  • Normal Dealer – Belian Minimum RM20,000
  • Priority Dealer – Belian Minimum RM100,000
  • Master Dealer – Introduce 5 Orang Priority Dealer Sahaja

Kelebihan Menjadi Normal Dealer:
  • Setiapkali Membuat Belian Anda Akan Dibayar Komisyen 1%
  • Bila Anda Membuat Jualan Semula Ke Public Gold, Anda Akan Dibayar Komisyen 0.5%
  • Jika Ada Dealer Yang Anda Perkenalkan, Setiapkali Mereka Membuat Belian, anda Akan Menerima Komisyen sebanyak 0.2%

Kelebihan Menjadi Priority Dealer: 
  • Setiapkali Membuat Belian Anda Akan Dibayar Komisyen 1.5%
  • Bila Anda Membuat Jualan Semula Ke Public Gold, Anda Akan Dibayar Komisyen 0.5%
  • Jika Ada Dealer Yang Anda Perkenalkan, Setiapkali Mereka Membuat Belian, Anda Akan Menerima Komisyen sebanyak 0.5%

Kelebihan Menjadi Master Dealer,
  • Setiapkali Membuat Belian Anda Akan Dibayar Komisyen 2%
  • Bila Anda Membuat Jualan Semula Ke Public Gold, Anda Akan Dibayar Komisyen 0.5%
  • Jika Ada Dealer Yang Anda Perkenalkan, Setiapkali Mereka Membuat Belian, Anda Akan Menerima Komisyen :
               -1% Dari Normal Dealer
              - 0.5% Dari Priority Dealer
              - 0.1% Dari Master Dealer

Public Gold kelihatan mempunyai konsep pemasaran berangkaian.. Dealer teratas  (Master Dealer) boleh mendapatkan komisyen hasil pembelian emas yang dilakukan oleh Normal Dealer (1%), Priority Dealer (0.5%) dan Master Dealer (0.1%)..

Disebabkan itu terdapat banyak kelebihan menjadi Master Dealer berbanding menjadi dealer-dealer yang lain. Antara kelebihan lain menjadi Master Dealer ialah.. Semakin tinggi Level Dealer, komisyen yang diterima semakin banyak, bermakna kadar peratus spread yang berjaya dikurangkan semakin besar, menjadikan tempoh keuntungannya semakin cepat dan juga banyak.

Sebagai contoh boleh rujuk pada Carta dibawah untuk melihat perbezaan peratus spread diantara pelanggan biasa, Normal Dealer, Priority Dealer dan Master Dealer.



**Klik gambar Untuk Besarkan
.
Bagaimana nak order emas Public Gold?
Boleh klik sini : Emas Public Gold



Friday, April 4, 2014

Miskin Di Tengah Bulan

Kita sering keliru antara kemahuan dan keperluan, yang mana perlu didahulukan dan mana yang kurang berkepentingan. Jika hati nekad mahu membeli barang keperluan tetapi diri diuji dengan potongan harga rendah di butik pakaian, sekali gus ‘mematikan’ segala perancangan. Tidak perlu menuding jari kepada perempuan atau lelaki berkaitan isu ini kerana setiap orang mempunyai cita rasa dan ‘tabiat buruk’ tersendiri.

Hidup sebagai manusia pasti mudah tergoda apatah lagi jika gaji baru masuk, pasti ada saja godaan untuk membeli barangan mewah ataupun produk mahal. Hal ini bukan perkara baru kerana kebanyakan daripada kita sudah mula meneliti barang diinginkan sebelum tibanya hari penerimaan gaji. 

Perancangan awal ini mampu mengganggu bajet bulanan sekiranya tiada simpanan awal walaupun separuh daripada harga produk diketepikan untuk pembelian barangan itu kelak.


Lebih mengejutkan apabila ada antara kira yang ‘jatuh miskin’ lebih awal daripada tempoh biasa. Baru beberapa hari gaji masuk, 70 peratus duit gaji lenyap sekelip mata.Hal ini sukar dielakkan kerana cara pengelolaan wang yang salah.



Sedar tahap gaji

Isu miskin tengah bulan bukan hanya berlaku kepada mereka yang bergaji rendah, jangan terkejut kerana ada dalam kalangan remaja lepasan ijazah dengan tahap gaji stabil turut dibelenggu masalah ini. Kita sering menganggap gaji ‘ciput’ akan lebih cepat ‘miskin’ berbanding gaji besar. Jika difikirkan logik, memanglah gaji RM1,500 boleh bikin sesak nafas jika hidup di tengah kota raya berbanding gaji RM3,500 sebulan, tetapi perlu diingat, lain tahap gaji lain cara hidup dan keinginannya.

Sebenarnya, jika kita mengikut perbelanjaan yang betul berdasarkan komitmen yang ada, duit bulanan diterima itu cukup. Perkara yang membuatkannya susut lebih awal dari tempoh sepatutnya disebabkan kemahuan kita sendiri membeli barang yang tidak terlalu penting misalnya kasut ataupun seluar baru dibeli setiap hujung bulan.

Mulakan langkah awal dengan menyimpan antara 10 hingga 30 peratus gaji ke dalam bank khas untuk tujuan menabung. Jika ada wang lebih, masukkan juga kerana ia boleh dijadikan ‘duit kecemasan’ sebelum tiba gaji seterusnya. Tahan diri daripada mengeluarkan wang simpanan ini. Mahu lebih tegas? Jangan wujudkan kad bank kerana pastinya sukar untuk anda keluarkan wang simpanan.



Dahulukan yang penting

Urusan wang simpanan perlu seiring dengan komitmen utama setiap bulan. Dahulukan perkara wajib seperti pembayaran pinjaman kereta, bil api dan air, sewa rumah, bil telefon dan minyak kenderaan supaya jumlah gaji yang tinggal boleh digunakan dengan senang hati tanpa perlu memikirkan bebanan hutang bulanan.

Hutang! Perkara wajib dilangsaikan supaya tidak tertangguh lama. Selesaikan urusan hutang dengan rakan ataupun saudara-mara untuk elakkan perselisihan faham kemudian hari. Jika semuanya selesai, jangan belanja ‘wang bersih’ yang tinggal sekali gus, ingatkan diri perlu ada sedikit simpanan untuk waktu kecemasan seperti demam, tayar kereta pecah ataupun binatang peliharaan sakit. Selitkan wang ini di mana-mana supaya tidak bercampur dengan bajet harian.


Sentiasa guna otak

Selepas agihan wang untuk perbelanjaan harian, jika ada wang lebih pastinya kita berkeinginan untuk membeli sesuatu. Pada waktu anda terfikir untuk membeli beg tangan ataupun kasut baru, fikirlah dua kali! Adakah beg tangan dan kasut yang sedia ada terlalu uzur hingga tidak boleh digunakan lagi ataupun ia masih dalam keadaan baik. Jika beg tangan baru dibeli dua bulan lalu, eloklah anda pendam hasrat itu untuk beberapa bulan lagi. Jika keinginan memiliki ­membuak-buak, cuba bersabar dan tunggu bulan depan. Simpan separuh daripada bajet pembelian produk itu dan selebihnya diambil daripada gaji bulan depan.

Buat anggaran realistik dalam rancangan pengelolaan wang. Sebaiknya, buat rencana pengeluaran sebelum menerima gaji. Apabila gaji sudah masuk, anda boleh terus melaksanakan perancangan yang disusun mengikut tahap kepentingan.

Cubalah mulai dengan mencatat kembali pengeluaran selama tiga bulan ke belakang. Dengan begitu kita boleh tahu di mana wang keluar berlebihan ataupun pembelian kurang penting yang boleh dielakkan pada bulan seterusnya.

Misalnya, selepas melihat kembali pola pengeluaran wang tiga bulan ke belakang, ternyata anda lebih banyak mengeluarkan duit untuk berhibur seperti menonton, karaoke ataupun gemar menjamu selera di restoran mahal.

Sebenarnya, hiburan ini tidak terlalu penting kerana ia bukannya wajib dilakukan seminggu sekali. Anda boleh menikmati hiburan dua minggu sekali jika perlu. Cuma perlu mengawal keinginan dan berfikir lebih kreatif untuk menggantikan aktiviti ini dengan perkara lain yang kurang belanja.


Ingatkan diri jangan berhutang

Bagi mereka yang tidak mempunyai kad kredit lebih terselamat kerana proses wang keluar masuk boleh dilihat secara nyata, tetapi bagi mereka yang memilikinya pasti sukar membendung keinginan.

Berhenti menggunakan kad kredit untuk hal yang tidak terlalu penting seperti belanja makanan, minuman, tiket wayang mahupun untuk hiburan lain.

Sentiasa ingatkan setiap kali ingin menggunakan kad kredit, ia hutang yang perlu dibayar setiap kali terima gaji sekali gus menambah nilai komitmen anda.

Ada kalanya kita tidak sanggup membayar menggunakan wang tunai kerana melihat wang keluar di depan mata, tetapi fikirkan juga dengan menggunakan kad kredit, ia tetap sama bahkan sekiranya anda menyesal membelinya, wang ‘tidak nampak’ ini juga tidak dapat dipulangkan kembali.

Memilik kad kredit tidak salah, tetapi pemiliknya sering jadi ‘buta’ apabila berhadapan sesuatu yang sangat diidamkan tanpa memikirkan kesan jangka panjang. 

Kad kredit boleh dipakai, hanya apabila kita mempunyai wang cukup untuk melunaskan bayaran pada bulan akan datang. Apakah anda layak memiliki kad kredit? Cuba kaji kembali, jika anda masih membayarnya lambat hingga bertambah ‘bunga’, sebaiknya matikan kad kredit anda.

Cara Pengurusan Kewangan





































Wednesday, April 2, 2014

Amanah Saham Bumiputera 2..

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NajiblancarASB2_suntikandana10bilionsaham/Article







Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dengan suntikan dana sebanyak 10 bilion saham. 

ASB 2 terbuka untuk langganan semua golongan Bumiputera menerusi Akaun Dewasa untuk pelabur berusia 18 tahun ke atas dan Akaun Bijak untuk kanak-kanak berusia daripada enam bulan. 


Had maksimum yang ditetapkan ialah 200,000 unit untuk Akaun Dewasa dan 50,000 bagi Akaun Bijak. 
Matlamat pelaburan ASB 2 ialah menyediakan aliran pendapatan konsisten sambil melindungi modal pelaburan pemegang unit menerusi portfolio aset yang bercampur. 

ASB 2 akan mencapai matlamatnya itu dengan melabur sehingga 90 peratus nilai dananya dalam ekuiti, 50 peratus dalam aset kelas lain seperti sekuriti pendapatan tetap dan minimum 10 peratus dalam bentuk tunai.

Matlamat pelaburan ASB 2 ialah menyediakan aliran pendapatan konsisten sambil melindungi modal pelaburan pemegang unit menerusi portfolio aset yang bercampur.
 
ASB 2 akan mencapai matlamatnya itu dengan melabur sehingga 90 peratus nilai dananya dalam ekuiti, 50 peratus dalam aset kelas lain seperti sekuriti pendapatan tetap dan minimum 10 peratus dalam bentuk tunai.

ASB 2 akan mencapai matlamatnya itu dengan melabur sehingga 90 peratus nilai dananya dalam ekuiti, 50 peratus dalam aset kelas lain seperti sekuriti pendapatan tetap dan minimum 10 peratus dalam bentuk tunai.

Saham amanah baharu berharga tetap itu dijual pada harga RM1 seunit dengan pelaburan minimum RM10. 

Tarikh dividen dibayar 31 Mac setiap tahun,

Macam menarik jer,,
Tapi apa-apa pun kita pengesahan tunggu dari pihak terbabit,
Berkaitan dengan patuh syariah.

Monday, March 31, 2014

Harga Emas 28 March 2013

Harga emas semasa Public Gold ada kenaikan dan ada penurunan,
Contoh harga semasa pada hari ini 28 March 2014 seperti gambar dibawah.


Ini harga pada minggu lepas yg mane mencatatkan harga tertinggi,
Peluang bagi mendapat keuntungan dgn menjual emas pada waktu ini..
Bergantung kepada nilai spread emas,
keuntungan boleh dianggarkan dalam 10%-40%.
Jika dilihat 1 Dinar sebagai perbandingan,
Harga 1 Dinar pada waktu ini RM 634,berbanding harga bulan Disember 2013 sekitar RM 530

Rebutlah peluang  untuk memiliki emas sebagai perlaburan,
Jadikan 1 Dinar sebagai permulaan untuk membeli emas.





Saturday, February 1, 2014

Dividen Tabung Haji 2013..

Tabung Haji mengumumkan dividen bagi tahun kewangan berakhir 2013 sebanyak 6% dan juga 2% bagi mereka yang belum menunaikan haji. So secara keseluruhan jumlah dividen tahun 2013 adalah 8%. 

Pencarum Tabung Haji boleh mula menyemak kemasukan dividen bermula 3 Februari 2014. By the way, dividen tahun 2013 adalah sama dengan dividen tahun 2012 iaitu 8%. Yang bezanya adalah tahun 2012, ianya 6.5% + 1.5% tambahan dan tidak terhad kepada mereka yang tidak mengerjakan haji lagi.






February Datang Lagi..

Sedar tak sedar,
Dah 2 bulan di tahun 2014,
Masih lagi keje di lautan,
Menghitung hari untuk pulang..
Selamat Menyambut February 2014.


Thursday, January 30, 2014

Kenapa kita perlu menyimpan emas..

EMAS SEBAGAI ASET.

Untuk generasi muda yang baru bekerja, mengumpul aset adalah satu perkara yang wajib. Seringkali orang berkata aset adalah hartanah dan rumah tetapi terlupa bahawa emas dan perak juga adalah aset. Untuk mengumpul hartanah dan rumah, kos yang diperlukan sangat besar dan kebiasaan nya generasi muda tidak mampu. Tambahan dengan tangga gaji yang masih kecil. Oleh itu, apa yang generasi muda ini boleh buat ialah dengan mengumpul emas dan perak sebagai aset. Emas dan perak merupakan aset mampu milik kerana modal untuk membeli emas adalah semurah RM191 untuk goldbar 1gm.

EMAS MENCEGAH KITA BOROS. EMAS MEMAKSA KITA MENYIMPAN.

Menyimpan emas dapat mengelakkan kita daripada boros. Selain itu, dengan membeli emas juga ia secara tidak langsung memaksa kita menyimpan. Kenapa saya cakap begitu kerana ramai diantara kita termasuk saya pantang nampak ada duit dalam bank. Tambah-tambah yang mempunyai kad atm. Nampak sahaja duit masih berbaki di bank, habis kita keluarkan sehingga kalau boleh sampai angka 0. Sedar-sedar hujung bulan, duit habis, tapi ke mana kita belanja kita tak perasan. Niat untuk menyimpan akhirnya terbantut. Tetapi apabila kita membeli emas, kita dah tolak ke tepi dahulu duit yang hendak kita simpan dan tukar kepada emas. Jadi nak tak nak kita dah menyimpan. Secara tidak sedar. Ajaib bukan?

EMAS MENARIK REZEKI.

Emas yang disimpan dapat menarik rezeki berganda buat yang menyimpan. Emas dalam diam sebenarnya akan bertambah nilainya. Kalau simpan dalam bentuk tunai, tunai tersebut akan dirompak secara diam-diam kerana inflasi. Berbeza dengan simpanan emas, emas itu sendiri menjadi penyimpan nilai. Tambahan lagi, emas juga mampu menarik rezeki buat mereka yang berwawasan jauh dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas secara sambilan. Secara sambilan kita boleh berkongsi dan bercerita dengan teman, saudara dan keluarga akan kelebihan simpanan emas. Sekiranya, ada teman, saudara dan keluarga yang membeli emas, sudah tentu komisen sekian-kian kita boleh dapat. Sudah pasti kita dapat menambah sedikit pendapatan bulanan.

Matlamat dan Azam 2014

Belum terlambat untuk ucapkan selamat tahun baru 2014,

Apa yg berubah hanya tahun,
Apa yg pasti azam tahun sebelumnya belum tertunai,

Azam untuk meningkatkan pendapatan dan simpanan,
Untuk bebaskan dari masalah kewangan,
Kena ada strategi yang betul untuk menyimpan,
Yang penting prisip mesti betul.
Mencari Kekayaan untuk sempurnakan tanggungjawab

Dalam tahun lepas,
Nilai sendiri adakah kita berjimat dan menyimpan,
Bagaimana strategi untuk mengelakkan wang bocor?
Simpanlah emas dan pelbagaikan intrumen pelaburan.