Friday, April 15, 2016

Strategi dan Konsep Melabur – Pemurataan Kos Ringgit / Ringgit Cost Averaging (RCA)

Strategi dan Konsep Melabur
Pemurataan Kos Ringgit /Ringgit Cost Averaging (RCA)
Apa itu RCA?
“Pemurataan kos ringgit” merupakan satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam industri amanah saham. Ia melibatkan pelaburan amaun yang tetap untuk tempoh yang khusus seperti bulanan, suku tahunan, atau tahunan tanpa mengambil kira bagaimana pasaran saham bergerak.
Bagaimana melaksanakan RCA?
Melalui pelaburan satu jumlah tetap pada waktu tempoh yang tetap tanpa menghiraukan harga unit ketika itu. Ia boleh dilakukakn samada secara bulanan (Direct Debit Instruction) atau suku tahunan (pengeluaran KWSP). Sebagai contoh, pelabur memilih untuk membuat pemotongan gaji terus melaui Direct Debit Instruction sebanyak RM200 ke dalam akaun dana unit amanah. Bagi pelabur wang simpanan KWSP pula, pelabur memilih untuk membuat pelaburan setiap suku tahunan (3 bulan) mengikut jumlah yang layak seperti RM1,000 atau RM5,000.
Jumlah dan kekerapan pelaburan bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masa depan anda.
Bagaimana RCA berfungsi?
Apabila harga dana lebih tinggi, pelaburan tambahan akan membeli bilangan unit yang lebih kecil tetapi apabila harga lebih rendah, jumlah wang yang sama membolehkan anda membeli lebih banyak unit. Apa yang tersirat daripada pendekatan ini adalah, pada sesuatu masa, pasaran akan pulih kerana ia bergerak mengikut kitaran dan pada ketika inilah keuntungan boleh diambil.
Andaikan anda ingim menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran tinggi, anda memilih untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam unit amanah seperti dalam jadual di bawah:
Bulan   Jumlah Pelaburan (RM)    Harga seunit (RM)           Jumlah unit-unit dibeli
Jan                    1,000                                  0.2256                           4432.624113
Feb                    1,000                                  0.2156                           4638.218924
Mac                   1,000                                   0.2226                           4492.362983
Apr                    1,000                                   0.2011                            4972.650423
Mei                    1,000                                   0.1981                            5047.955578
Jun                    1,000                                   0.1899                            5265.929437
Julai                  1,000                                    0.1755                            5698.005698
Aug                   1,000                                    0.1656                            6038.647343
Sept                  1,000                                    0.1587                            6301.197227
Oct                    1,000                                    0.1666                            6002.40096
Nov                    1,000                                   0.1769                            5652.911249
Dec                    1,000                                   0.2168                            4612.546125
Jumlah             12,000                                                                            63,155.45 unit
Keputusan RM :
Purata harga seunit 0.1928
Purata Kos seunit 0.1900
Nilai harga terkini 0.2168
Nilai pelaburan terkini RM 13,692.10
Dalam contoh di atas, purata harga seunit sepanjang tempoh adalah RM0.1928 tetapi purata kos seunit anda adalah RM0.1900, iaitu 1% kurang dari harga seunit di sepanjang tempoh.
Jumlah unit yang diperolehi dengan jumlah pelaburan RM 12,000 secara RCA adalah sebanyak 63115.45 berbanding dengan jumlah pelaburan secara ‘lump sum’ sebanyak RM 12,000 adalah sebanyak 53191.49 unit yang dibeli dengan harga RM 0.2256/unit pada bulan Januari. Ini baru pelaburan untuk setahun.

Sudahkah anda melaksanakan RCA?
Hubungi saya sekarang untuk membuat pelaburan Unit Trust anda! Ini adalah masa yang terbaik untuk memulakan langkah mengubah masa depan kewangan anda.

Thursday, April 14, 2016

Market Timing..


Kuasa Compound..

Oleh Irfan Khairi


Sering saya ditanya ?Apakah rahsia untuk menjadi kaya??. Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya? tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran?

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let?s face it? RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.

Hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.

mudah. Katanya, compund interest adalah ?the greatest invention of all time?.
untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?

Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)

Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat

Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun.

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual funds).

Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!

Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk compound interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek compound interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun.

Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.

Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun?

Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39

Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 – walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.

Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat – walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh? tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!

Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 15-30 tahun (bergantung pada byk mana anda boleh melabur), anda juga adalah seorang jutawan!

Thursday, February 4, 2016

Review : Dana PMB Aggresive Fund

Dana Aggressive PMB Syariah adalah unit amanah terbuka yang ditubuhkan di Malaysia.Dana ini bertujuan untuk memberikan pelabur peluang untuk mendapatkan modal yang tinggi dalam jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelbagai saham permodalan besar dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan.Oleh kerana pendekatan perlaburan agressif dana,strategi perdagangan yang aktif akan diguna pakai.

Prestasi untuk 5 tahun.




















Prestasi untuk 1 tahun.










































Perlaburan ini boleh dibuat menggunakan cash atau EPF.
Jika berminat untuk melabur,sila hubungi Coach Isa +6019-279 9897 untuk keterangan lanjut.

Dividen Tabung Haji 2015 Sebanyak 8% (5% + 3%)

Dividen tabung haji bagi tahun kewangan 2015 sebanyak 8% (5% + 3% bonus haji) diumumkan hari ini.

















Setelah dipalit dengan pelbagai skandal IMDB dan Surat dari Bank Negara,Akhirnya Tabung Haji berjaya memberikan bonus sebanyak ini.Bonus akan dikreditkan pada 10 February 2016.