Monday, July 13, 2015

Kaedah snow ball effect Untuk Menyelesaikan Hutang

Perkara lain yang boleh dilakukan ialah meningkatkan pendapatan melalui kerja sampingan, berjimat cermat, dapatkan nasihat pakar kewangan seperti perancang kewangan bertauliah atau mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Sebaliknya jangan sekali-kali berurusan dengan ceti haram atau Ah Long yang menekan mangsa dengan kadar faedah yang tinggi dan membebankan.

Sekiranya kita sudah terjebak dalam beban hutang, berusahalah untuk melangsaikannya. Salah satu kaedah atau formula yang popular telah diperkenalkan oleh Mr.Dave Ramsey (www.daveramsey.com) iaitu Kaedah yang dinamakan “Debt Snowball” atau “Snowball Effect”. Kaedah ini dilakukan dengan cara menyenaraikan kesemua hutang mengikut baki yang terkecil hingga ke terbesar, jika hutang hampir sama jumlahnya, pilih hutang yang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi bagi senarai yang teratas. Buat pembayaran minimum semua hutang dan cari lebihan wang untuk menokok pembayaran hutang yang terkecil (lebihan boleh diperolehi daripada penjimatan perbelanjaan). Seterusnya bayar minimum lebihan wang mengikut turutan dari atas ke bawah, sehingga selesai semua hutang yang tersenarai. Kaedah ini lebih jelas dengan melihat contoh berikut:

Andaikan Anda menyusun senarai hutang-piutang anda seperti berikut:


Hutang
Bayaran Ansuran (RM)
Baki Hutang  (RM)
A – Kad Kredit
200
1,000
B – Kad Kredit
250
3,000
C – Koperasi
300
10,000
D – Kereta
600
40,000
E – Rumah
1000
100,000

Anda membayar hutang A sampai langsai dan seterusnya menggunakan RM200 itu untuk ditambah kepada pembayaran ansuran hutang B. Ini menjadikan pembayaran ansuran hutang B meningkat kepada RM450. Hutang B akan habis dibayar dengan cepat dalam pempoh 6 bulan sahaja berbanding 12 bulan jika hanya membayar RM250 sebulan. Apabila hutang B pula langsai, anda akan menggunakan ansuran hutang A, B dan C bagi menjelaskan hutang C, iaitu;

RM200 + RM250 + RM300 = RM750

Ini sudah pasti mempercepatkan tempoh penyelesaian hutang C, sebab dari ansuran sebanyak RM300 sahaja sebulan, anda telah meningkatkan bayaran ansuran sebanyak RM450 kepada RM750. Setelah langsai hutang dalam tempoh 13 bulan, ansuran 750 dicampurdengan ansuran RM600 bagi penyelesaian hutang D. Akhirnya, setelah langsai hutang D, RM1350 di campur pula dengan RM1000 untuk ansuran hutang E. Proses penyelesaian hutang kaedah inilah dikenali sebagai “Kesan Bola Salju” iaitu makin ditolak makin besar jadinya. Apabila semua hutang telah berjaya dilangsaikan, bertaubatlah daripada meneruskan tabiat berbelanja berlebihan dan berusahalah untuk mencapai matlamat kewangan anda yang lain.

Jika anda masih belum terlibat dangan hutang, hindarilah darinya. Adalah salah jika anda diberitahu bahawa berhutang itu bagus. Hidup akan lebih  bermakna dan mudah jika kita tiada bebanan hutang. Bagaimanapun masalahnya adalah mampukah kita membayar pembelian kita seperti membeli kereta, rumah dan lain-lain perbelanjaan yang mahal dengan tunai?  Perancangan kewangan yang berjaya akan membolehkan kita melabur dan merancang tanggungan hutang kita dengan sempurna. Hasilnya nanti akan membolehkan kita membentuk kekayaan. Bagaimanapun ramai  antara kita gagal mengumpul kekayaan disebabkan oleh masalah hutang.  Dalam budaya meminjam khususnya di kalangan masyarakat Bumiputera di Malaysia ini, jika boleh  mereka tidak mahu meminjam, jika meminjam pula mereka tak mahu membayar.  Ini merupakan satu sikap yang salah.  Sepatutnya kita harus mempunyai sikap, jika perlu berhutang, hutang harus diselesaikan dengan segera. Kegagalan memenuhi faktor ini dan mengurus hutang dengan baik telah menyebabkan ramai orang tersungkur sebelum sempat memulakan langkah pertama membina kekayaan.  Kebebasan kewangan pada asasnya adalah bebas daripada hutang

Tuesday, June 30, 2015

AGIHAN PENDAPATAN ASD 6.60 SEN SEUNIT

AGIHAN PENDAPATAN ASD 6.60 SEN SEUNIT

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham Didik (ASD) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015.
Pembayaran pengagihan pendapatan tabung ASD akan dilaksanakan melalui pelaburan semula yang akan dikreditkan ke dalam akaun para pemegang unit pada 1 Julai 2015.



Formula Kewangan Berkesan

Income - Saving - Insurance - Installments - Expense = Surplus
atau dalam bahasa melayunya:
Pendapatan - Simpanan - Insurans - Hutang - Belanja = Lebihan
Nampak satu perkara yang jelas di situ? Ya, yang di'tolak' jauh lebih banyak daripada pendapatan. Ini memang fitrah biasa.
Dalam formula tersebut juga, yang biasanya melambung tinggi adalah Hutang. Taburan peratusan bagi rakyat marhaen biasanya adalah seperti berikut:
100% Pendapatan - 0% Simpanan - 0% Insurans - 70% Hutang - 40% Belanja = -10% Lebihan

Friday, January 9, 2015

Pengumuman Dividen ASB 2014


















Dividen Tahun ni agak kurang berbanding tahun lepas,
Yang penting pelbagaikan perlaburan.
Don`t put all egg in one basket.


Kesilapan Kewangan

KESILAPAN KEWANGAN
Semua orang pernah buat silap. yang penting, apa yang kita pelajari dari kesilapan ini.
Semak kesilapan yang kita tak pernah peduli.
1. Tiada matlamat kewangan bertulis, tidak pernah tulis berapa nak ada duit hujung tahun ini. Merancang jauh sekali.
2. Alasan "gua muda lagi", "tunggu kawin la bro","anak pun takde lagi","ala gaji gua makan tak habis nanti","gua pensyarah ok, gaji macam menteri"
3. Disiplin kurang, pantang tengok iklan nak beli. Walau dia jantan, jamu Sendayu Tinggi dia telan.
4. Tiada takaful dalam kehidupan
5. Kesan matematik pada wang sangat penting, pinjaman yang lama akan buat anda miskin. ASB berganda jika anda kekal simpanan.
6. Belajar tentang kewangan hanya untuk simiskin, kita dah 'kaya' tak perlu buat apa apa.
7. Tidak pernah ambil tahu soal inflasi, yang tahu nak gaji tinggi.
8. Asik salahkan menteri bila duit beras tak cukup nanti, sedangkan dirumah ada Astora Awani.
Wallahu A'llam

Tabung Sikap

TEKA TEKI MAKAN DIRI
Kita manusia yang suka berteka teki, kita tidak peduli tentang tabungan akhirnya makan diri
1. Kita suka berteka teki bahawa gaji kita cukup untuk pakai Honda City, hakikat sebenarnya ia adalah setahun gaji.
2. Kita suka teka teki bahawa kita mampu beli rumah dengan kolam mandi, tetapi ia tidak bersamaan dengan tiga tahun gaji kita.
3. Kita beranggapan simpanan kita cukup tetapi tak sampai 6 bulan gaji.
4. Kita berteka teki harga minyak akan jatuh lagi, tapi kita kekal isap rokok lagi.
5. Kita berteka teki harga rumah akan jatuh nanti, jadi jangan beli lagi. Tunggulah nanti.
6. Kita berteka teki yang gaji akan naik nanti tapi kita kaki MC
7. Kita berteka teki dapat kawin suami kacak dan ada ferrari tetapi yang ada cuma Kenari.
8. Kita berteka teki kerja gomen pencen tetap ada nanti, bagaimana jika kerajaan telah bankruptcy.
9. Kita anggap KWSP akan cukup nanti, sebab itu kita tak menabung lagi.
10. Kita mengharapkan anak anak bantu kita diusia tua nanti, bagaimana jika zaman mereka lebih susah dari kita nanti.
Berhenti berteka teki, tetapkan matlamat hidup, binalah tabung sendiri.
Wallahu A'llam

Sudah Bersediakah Kita


Sudah Bersediakah Kita untuk bersara awal,
Perlukan simpanan yang mencukupi untuk hidup selesa selepas ini,
Dengan GST yang akan datang,
Makin parah lah kewangan jika tidak bersedia.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2015


Selamat Menyambut Tahun Baru 2015
Semoga Tahun Ini Memberikan Lebih Kebahagian..