Tuesday, July 10, 2012

Ayat Dari Seorang Kawan..

Tahun 2001,
Tahun penting bagi aku,kerana tahun tu aku exam SPM.Berbekalkan semangat yang tak seberapa bila bangun pagi,dengan mata yang tak berapa nak bukak,dengan kepala otak masih ting tong,aku menapak ke Bus Stop untuk menunggu bas Bee Huat yg cukup legend.Aku menunggu dengan seorang kawan baik tetapi tidak satu sekolah.Kiranya bernasib baik,dia sekolah sebelah sekolah aku.hehehehe...

Bila bas sampai,biasanya kami memilih port "seram",port paling belakang sekali kalau dalam bas tu.Dengan hembusan angin pagi dari tingkap bas usang bercampur plak dengan asap rokok Dunhill 7,aku melayan perasaan ditambah pulak dgn tahap mengantuk.

Kawan baik aku ni selalunya bertanya soalan-soalan bangang diwaktu pagi.Bila mood tak berapa nak ada,boleh pulak dia buat soalan:

"Kita belajar Matematik ni,sampai sekolah menengah untuk apa sebenarnya?"Bila kita kerja,kita guna tambah,tolak,bahagi,darab je kan?"Buat apalah kita belajar syn,tan,buku sifir 4 angka?",tanya kawan aku bersungguh-sungguh sambil menghisap rokok Dunhill.

"Errr,aku pun tak tahulah.Berguna kot satu hari nanti",jawab aku secara malas.Pada aku soalan dia macam Psiko jer,dia taknak aku belajar lagi pandai dari dia kot.

Sampai hari ni,soalan tu masih aku tak dapat nak jawab.Kalau dia tanya aku sekali lagi pun,aku akan jawab "aku follow sillibus je belajar tu."..



Rare kan?Dah takde dah kotak ni..


No comments:

Post a Comment